Anda telah membuat pesanan tetapi menyedari anda perlu membuat pemindaan kepada butiran pesanan anda? Sila klik pada salah satu daripada pilihan berikut untuk maklumat lanjut.
Malangnya, pemindaan seperti yang disenaraikan di bawah adalah tidak dibenarkan sekiranya pesanan anda telah disahkan. Jadi, kami menyarankan anda untuk membatalkan pesanan anda sebelum membuat pesanan baru dengan butiran yang betul.
- Kaedah pembayaran
- Penggunaan baucar
- Pilihan barangan (warna, saiz, jenis)
Anda baru membuat pesanan tetapi menyedari anda telah mengisi alamat yang salah? Jika ia masih dalam jangka masa jam yang sama, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di +603-2035 6622 dan kami mungkin masih boleh meminda pesanan anda untuk anda.
Nota: Harap maklum bahawa buat masa sekarang, kami tidak boleh membuat sebarang pemindaan alamat penghantaran bagi pesanan 'Cash on Delivery'. Jadi, anda boleh memilih untuk membatalkan pesanan anda.
Sekiranya ia telah melebihi dua jam, besar kemungkinan pesanan anda telah dibungkus dan sedia untuk penghantaran. Dalam kes sebegini, kami tidak boleh membuat sebarang pemindaan.
Sebagai rujukan di masa hadapan, jika anda ingin meminda alamat penghantaran anda atau menghantar hadiah sebagai kejutan kepada rakan anda, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Pergi ke 'Akaun Anda'
- Di bawah Alamat Penghantaran/Bil, anda boleh klik pada
atau
untuk meminda alamat anda. Tanda pada alamat yang anda ingin guna untuk penghantaran.
Sekiranya anda baru sahaja membuat pesanan tetapi mengubah fikiran, sila hubungi kami secepat mungkin dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Anda boleh menghubungi kami di +603 2035 6622 (Isnin-Ahad, 9 pagi hingga 6 petang).
Malangnya, sekiranya ia telah melebihi dua jam dan anda telah menerima emel bertajuk "Pesanan Anda Sedia untuk Dihantar!", kami tidak boleh membuat sebarang pembatalan lagi. Bungkusan pesanan anda mungkin telah diproses dan diserahkan kepada rakan kurier yang terpilih, jadi kami tidak dapat membuat sebarang pemindaan.
Sekiranya ia adalah pesanan 'Bayar Waktu Terima' dan anda masih ingin meneruskan dengan pembatalan pesanan, anda boleh menolak bungkusan tersebut semasa penghantaran dan maklumkan pihak kurier yang anda telah mengubah fikiran. Sebaik sahaja barangan tersebut sampai di gudang kami, pembayaran balik akan diproses kepada anda melalui Stor Kredit (sekiranya berkenaan).
Kami hanya menerima pembatalan bagi keseluruhan pesanan sahaja dan bukan pembatalan bagi sesetengah barangan dalam pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan barangan yang anda tidak mahu setelah menerimanya.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.