Memandangkan arahan dan prosedur waranti adalah berbeza bagi setiap jenama, sila rujuk kepada laman web jenama atau syarikat bagasi masing-masing untuk maklumat terperinci. Waranti umum bagi bagasi adalah seperti berikut:
1. Waranti disediakan bagi bagasi untuk tempoh yang dinyatakan di atas kad waranti, bermula dari tarikh pembelian oleh pembeli pertama atau penerima hadiah.
2. Waranti bagi bagasi hanya melindungi kerosakan semasa pembuatan dan tidak melindungi kerosakan lain yang disebabkan oleh penyalahgunaan (seperti pengangkutan barangan luar biasa), kecuaian, kemalangan, pendedahan kepada suhu ekstrem, pelarut, asid, air dan haus dan lusuh biasa atau kerosakan semasa pengangkutan (seperti contoh, oleh syarikat penerbangan).
3. Sekiranya waranti tersebut adalah global, barangan anda boleh dibaiki di sebarang Pusat Servis dalam dunia. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kos untuk menghantar barangan tersebut ke Pusat Servis termasuk tetapi tidak terhad kepada, kod pembungkusan, penghantaran dan cukai yang dikenakan, akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
4. Bagi servis waranti di Pusat Servis, sila kemukakan sijil waranti lengkap atau resit pembelian asli (Invois ZALORA). Secara umum, sekiranya waranti tersebut boleh digunakan untuk masalah yang dihadapi dengan bagasi anda, anda akan dimaklumkan sama ada barangan tersebut akan dibaiki atau diganti. Sebarang pembaikpulihan atau penggantian akan ditanggung oleh syarikat, termasuk sebarang kos yang diperlukan untuk memulangkan barangan yang dibaiki atau diganti kepada anda.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.